Jumaat, 17 September 2010

Susu

Mikhael di beri susu Dugro-Dumex 1-3thn madu asli..
dari awal mmg aku bagi minum susu brand dumex, mula2 dulu ade cuba 1 jenis susu tapi xsesuai, jadi bile aku bertukar ke susu Dumex-anak along aku semua minum susu ni, Mikhael boleh terima.
pernah waktu aku keja kt menara HLA dulu ade lah sorg office mate yang baru dapat baby jarak 1 bulan je dengan Mikhael. Office mate ni selalu tanya aku, pe jenis barang atau susu atau ape saja utk Mikhael yang aku beli..
aku jenis x ajar Mikhael benda yang berjenama..boleh beli tapi bukan selalu..
bile aku bgtau die Mikhael minum dumex-dulac(yg bby punya), office mate aku melenting, kata die, aku xboleh nafikan hak anak aku untuk minum susu mahal..die bagi anak die minum susu yg harga Rm70 900grm..
aku bidas balik..selama anak aku minum dumex, die xpernah sakit, tumbesaran ok..otak pun cergas..npe nk ajar susu mahal yg kualiti hampir sama??
tp berkali 2 die salahkan aku..
wakt bby Mikhael minum 7kg susu sebulan.. cuba darabkan klau 1kg 70*7
RM560 sebulan utk susu..
sedangkan Dumex?? 1kg baru RM24*7=Rm168 dan aku dapati perkembangan anak aku sempurna..
jadi??
aku malas nak bertekak dengan "ORANG KAYA" jadi aku bt bodoh jer lah..
bulan berganti bulan bile Mikhael dah masuk umur 10 bulan aku dapat tau ex-office mate aku tu berhenti keja sebab xde duit minyak nak gi keja..
bile aku tau aku terdiam..
hanya kerana nak menunjuk betapa bagusnya memberi anak kemewahan pada usia yang xsepatutnya, akhir kita yang tak mampu..
pe untungnya??
kali terakhir aku dengar ttg ex-office mate aku ni, die & wife die sama2 xbekerja..
aku harap murah lah rezeki dia nnt..
bukan xboleh ajar anak bermewah..ukur baju badan sendiri..
klau mampu xsalah..
kalau xmampu, jgn lah jerat leher sendiri..
bagi aku setakat aku beri Mikhael susu dumex, aku xpernah kecewa, anak aku kenyang & xsakit..
alhamdulillah..
aku xmau hanya kerana nak menunjuk betapa bagusnya kita pada luaran, dalaman kita "lapar"..
kepada ex-office mate aku..
klau kau baca la blog aku ni..
aku mohon maaf andai kau terasa namun macam aku pernah kata 1 ketika dulu..
biarlah lah cukup makan, pakai xcantik pun xpe..
Allah tak nilai kita pada kecantikan pakaian kita..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan